a) Jangan mengangkat arnab di bahagian telinga;
Arnab tidak suka dipegang di bahagian telinga. Tambahan pula tubuh arnab berat tetapi tulang- tulangnya lembut. Arnab akan meronta jika dipegang telinganya. Jika ia meronta dengan kuat, kemungkinan tulang leher atau tulang belakangnya akan patah. Cara mengangkat arnab adalah dengan mencekup telinga sekaligus dengan kulit di bahagian belakangnya dengan tangan kanan, sementara tangan kiri mengampu di bahagian punggungnya. Jika arnab meronta-ronta, biarkan ia sebentar dan ulang semula pada masa yang lain.
b) Jangan sergah arnab anda;
arnab sangat sensitif kepada bunyi yang kuat dan yang memeranjatkan. Ia akan melompat dan berlari ketakutan. Arnab yang ketakutan mungkin tidak mahu makan untuk beberapa hari.
c) Jangan lakukan arnab seperti seekor kucing;
Anda tidak boleh melayan arnab seperti seekor kucing. Anda boleh memegang dan membelai arnab tetapi sesetengah arnab hanya suka dibelai tanpa dipeluk. Tendangan kaki belakang dan cakaran kaki hadapannya kuat dan boleh melukakan tangan. Berhati-hatilah!.
d) Jangan abaikan arnab anda;
Apabila membeli arnab, anda harus bersedia untuk menjaganya. Jangan beli jika tidak memahami bebanan yang mungkin anda tanggung. Jangan juga hadiahkan arnab (yang pada mulanya kelihatan sangat comel) kepada kanak-kanak yang tidak faham penjagaan arnab kerana apabila ia telah besar, comelnya mungkin akan hilang dan arnab itu diabaikan.
No comments:
Post a Comment